kamu mahu dengar satu cerita tidak?
di satu ketika, suasananya amat genting. kesejukan mula menyelimuti kulit, tubuh mula menggigil. mungkin disebabkan kerana terlalu banyak minum minuman yang berkafeina, atau, kesejukan itu tadi. jam di dinding menunjukkan pukul 4.15 pagi. tapi, jam tersebut sudah tentulah sukar untuk dipercayai, kerana pemilik bilik sudah menetapkan jam tersebut menjadi 10 minit lagi laju dari masa sebenar. pada saat itu, masa tutup untuk menghantar FYP yang telah menjadi topik utama hidup si pemilik bilik, tinggal 36 jam sahaja lagi.
tiba-tiba.. (jeng jeng jeng) si pemilik bilik mula menyedari seperkara. nilai yang telah beliau gunakan untuk menghasilkan data untuk dianalisa selama ini adalah salah! darah-darah panik mula mengalir dari jemari yang sedang menaip di papan kekunci komputer riba. degupan jantung semakin kencang... mata mula berpinar.
dan si pemilik bilik pun mula berfikir,
WHY THE HELL AM I BLOGGING AT THIS TIME AND HOUR AND MOMENT??!?!?!?!
bersambung...
No comments:
Post a Comment